Assalamualaikum WBT....
Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat lagi saya berkongsi ilmu dengan sahabat2 semua..kali ini saya ingin berkongsi tentang perbezaan antara munafik,musyrik,kafir dan murtad..mari kita mulakan.......
1-MUNAFIK
-Orang yang munafik itu ialah seorang yang menyembunyikan kekufuran yang ada di dalam
jiwanya dengan berpura2 menunjukkan keislamannya.Dia mengaku sebagai seorang islam
namun sebenarnya dia menolak kebenaran agama islam..
TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK
-imannya tidak teguh
-berasa gelisah dan tidak tenang ketika bersama orang mukmin
-mengharap segala amal baktinya mendapat pujian
-perbuatan dan kata2nya sentiasa berubah2
2-SYIRIK/MUSYRIK
-Iaitu menyekutukan ALLAH dengan mempercayai bahawa ada kuasa lain yang lebih
berkuasa dari ALLAH.Orang yang melakukan syirik ini disebut MUSYRIK.
Syirik terbahagi kepada dua:
1-SYIRIK AKBAR
-Iaitu menyekutukan ALLAH dengan mempercayai ada kuasa lain selain drp kuasa ALLAH
Seperti menyembah pokok,kubur,tempat keramat dan lain2.
-syirik akbar ini merupakan satu dosa yang amat besar,dan menyebabkan seseorang masuk
neraka selama2nya..tidak diampun dosa ini melainkan dgn bertaubat.
2-SYIRIK ASGHAR
-Syirik kecil atau secara amali.syirik ini tidak menyebabkan seseorang keluar dr islam
-termasuk syirik asghar ialah apabila seseorang melakukan sesuatu ibadah kerana riak atau
menunjuk2.
3-KAFIR
-Ialah apabila seseorang yang mengingkari keesaan ALLAH,kenabian,atau mengingkari
syariatNYA.
4-MURTAD
-Ialah seseorang yang tidak tunduk dan patuh lagi kepada ajaran islam.
-seseorang yang menghalalkan barang yang diharamkan ALLAH,serta mengharamkan barang
yang dihalalkan oleh ALLAH dihukum seperti murtad juga.
Wallahuaklam....sekian
PowerPoint 2016
7 tahun yang lalu
saya faham,baik
BalasPadamterima kasih
BalasPadam