Ahad, 28 Februari 2010

ADAB-ADAB SERTA HAK

Adab dan hak terhadap ibubapa


1-mentaati ibubapa dalam semua hal kecuali perintah dalam melakukan maksiat

2-berbicara dengan ibubapa secara sopan dan lemah lembut

3-memelihara nama,maruah serta harta benda mereka

4-memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta

5-memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka

6-tidak mengangkat suara di hadapan mereka

7-tidak keluar rumah tanpa izin mereka

8-tidak berjalan mendahului mereka

9-menyahut panggilan mereka serta-merta apabila mereka memanggil

10-memuliakan sahabat2 mereka khususnya sesudah mereka mati..

Adab dan hak seorang teman

1-memberi salam ketika bertemu

2-menziarahi ketika mereka sakit

3-membantunya ketika susah

4-sentiasa menjaga nama baiknya ketika waktu hidup dan matinya

5-menerima undangan jika diundang ke majlis atau rumahnya

Hak muslim sesama muslim

1-menutup keaibannya

2-meringankan kesusahannya

3-membelanya ketika teraniaya

4-kasihan terhadap yang kecil

5-tidak menipu saudara yang muslim

6-tidak dengki dan bersangka buruk terhadap saudaranya

7-mengasihinya sebagaimana mengasihi dirinya

Sabtu, 27 Februari 2010

Soalan asas

1-apakhabar? كيف حالك(khaifahalluka)

2-dari mana?من أين(min aina)

3-berapa umur awak?كم عمرك(kam umruk)

4-siapa nama awak?ما اسمك(mas muka)

5-dimana awak tinggal?أين تسكن(aina taskunu)

6-bolehkah?أيستطيع(ayastatik)

7-adakah awak faham sy? هل تفهمني(hal tafhamuni)

apakah erti hidup tanpa cinta

bahagiakah hidup tanpa cinta?....bagiku...aku tak mampu hidup tanpa cinta...kerana cinta itu memberiku kekuatan...memberi aku semangat..membuatkan aku bahagia....kerana cinta itu membuatkan hatiku sentiasa mengingatiMU...MerinduiMU...ya RAHMAN..Jangan jauhkan hati ini drp menyintai MU..Kerana sunyilah hidupku tanpa kasihMU..Ketika diri tersungkur,ku harapkan bimbinganMU agar aku mampu berdiri kembali menghadapi kehidupan ini...aku hanyalah seorang musafir di bumi ini...siapalah aku YA ALLAH disini tanpa redha MU,jika ENGKAU murka pada diri ini pada siapa lagi tempat ku mengadu...YA GHOFUR...Ampunkan segala kesalahanku...aku tak sanggup hidup tanpa cintaMU menemani hari-hari ku..ku pohan YA ALIM agar kasihku tidak terhalang dengan godaan dunia...jangan hijabkan hatiku daripada mengingatiMU&mentaatimu...aku yakin cinta sejati serta kekal abadi selamanya..hanyalah cinta padaMU...ku pohon agar kasihku ini tidak diuji ....YA RABBUL ALAMIN....

Jumaat, 26 Februari 2010

Surah-surah yang patut diamalkan setiap malam

Berikut ialah antara surah2 yg diamalkan setiap mlm atau hari oleh para ulama...
disini saya kongsikan bersama sahabat2 semua..mudah-mudahan sama2 kita mendapat manfaat...
1-surah yaasin
"Daripada Maqal ibn Yasaar r.a bhw Rasulullah s.a.w tlh bersabda:"Jantung alquran adalah yaasin,sesiapa yg membacanya&mengharapkan keredhaan ALLAHdan akhirat pasti dia diampuni oleh ALLAH.Bacalah yaasin itu kpd yg mati di antara kamu" (riwayat Ahmad,Abu Daud,an-nasai)
2-surah al-mulk
"Daripada Abdullah ibn Masud r.a:Sesiapa yg membaca stp hari,ALLAH akn menghindarknnya dr azab kubur(&pd masa Rasulullah s.a.w)kami namakn surah al-Maniah(pencegah).sesungguhnya itu terdapat pd kitabullah yg merupakan satu surah.sesiapa yg membacanya pd mlm hari,pahala dan kebaikan pasti diperolehnya berlipat ganda"
(riwayat annasai)
3-surah al-waaqiah
"Barangsiapa membaca surah al-waqiah pd stp malam,tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"

Hikmah dan Peribahasa

نحن في تفكير,الله في تدبير
manusia merancang,ALLAH menentukan

الصديق عند الضيق
kawan semasa kesusahan adalah benar-benar kawan

احبس لسانك لئلا يحبسك
sorokkan lidah anda sebelum anda pula disorok olehnya

اعرف نفسك
kenalilah diri kamu

لا وردة من غير شوكة
tiada bunga ros tanpa duri

الحب اعمي
cinta itu buta

التأجيل لص الزمان
bertangguh pencuri masa

الوقاية خير من العلاج
mencegah lebih baik daripada mengubati

Khamis, 25 Februari 2010

Penawar Hati......

Bila disebut penawar hati..macam2 yg bermain di fikiran kita,apakah penawar itu?....ada yang mentafsirkan sebagai cinta,kasihsayang dan sebagainya...tapi yang selayaknya bertakhta dijiwa hamba ketika terluka dan pengubat ketika sengsara itulah ia "Kalamullah"...itulah panduan hidup kita,penyuluh ketika diri kekosongan,pendorong ke jalan kebenaran...kerana itu blog ini ku namakan sebagai "penawar hati" agar sama2 kita sebagai seorang mukmin &mukminah sentiasa menjadikan al-quran itu sebagai penawar hati,penerang jiwa...mudah-mudahan penawar hati itu menjadi bekalan di akhirat kelak..amin...