Isnin, 1 Mac 2010

Restu ayah bonda....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

segala puji bagi ALLAH..kerana aku masih diberi peluang untuk menerima segala nikmatNYA..syukur alhamdulillah..semoga nikmat ini membuatkan aku dikalangan mereka yg sentiasa mengingatiNYA..amin..disini aku coret serba- sedikit tentang perjalanan hidupku sebelum aku berada dibumi anbiya' ini..aku dibesarkan di sebuah bandar iaitu kuala lumpur..ketika aku habis periksa darjah 6..aku disuruh untuk ke sekolah agama,yg mana sekolah itu akan membuatkan aku terpisah jauh dari kedua ibubapaku..hanya TUHAN yg tahu perasaanku ketika itu..sedih,hiba& rasa nak memberontak..tapi aku akur akhirnya..aku turuti kehendak mereka walaupun hatiku terpaksa..disana aku tinggal bersama nenekku...semasa hari pertama aku menjejakkan kaki disekolah itu,apa yang aku fikir aku takkan lama disitu..tapi semua itu kuasa TUHAN..dari benci jadi suka..akhirnya aku jadi gembira berada di sekolah itu..aku jadi sayang pada sekolah itu..disanalah aku mula belajar ilmu2 agama dan aku bertambah minat mendalami bidang ini..aku mula tanamkan azam ingin belajar bersungguh untuk menduduki periksa SMA..Alhamdulillah dgn izin ALLAH,aku dapat buktikan yg aku boleh lakukannya..selesai SMA,SPM pula menantiku...aku seorang yg suka merancang..Dan aku suarakan hasratku ingin menyambung pelajaran di UIA kpd ibubapaku...sekali lagi aku diuji dgn keputusan ayahku..ibuku memberitahu bahawa ayahku inginkan aku menyambung pelajaran di AL-AZHAR...ketika itu aku langsung tidak berminat ingin ke bumi kinayah itu,sedihnya hatiku..aku tak mampu untuk meneruskan cita2ku di UIA..ALLAH MAHA MENGETAHUI...aku berfikir sejenak memikirkan hasrat ibubapaku...lamaku berfikir,tiba-tiba aku membuat keputusan untuk mengikut hasrat mereka..aku harapkan redha kedua ibubapaku..sejak hari itu aku terus tanamkan niat ingin ke al-azhar..tanpa mengisi borang2 utk ke universiti tempatan..mungkin aku layak sebenarnya ke UIA atau ke universiti lain..tapi aku berpegang pada hasrat mereka..aku sambung pengajianku dgn mengambil STAM..Alhamdulillah keputusanku membuatkan mereka gembira..tanggal bulan 9 2007..akhirnya sampailah aku dibumi anbiya' ini...akhirnya cita2ku dan mereka untukku ke sini tercapai....dan bila aku berada disini...baru aku tahu hikmah disebalik apa yang berlaku...aku bersyukur kerana keputusan yg ayah aku lakukan dahulu sebenarnya membuatkan aku menjadi aku yg sekarang...terimakasih emakayah,aku sayang mereka...aku tau setiap ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak2nya...restu mereka amat penting untuk melayari kehidupan ini...ya ALLAH,Ampunkan dosa2 mereka,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku dari kecil hingga sekarang...aku adalah amanah mereka...contoh dan teladan untuk adik2..aku tahu mereka gembira bila aku dberada disini..berdosalah aku mensia-siakan harapan mereka..YA RAHMAN..Diri ini milikMU,Kami merancang &ENGKAU juga merancang..dan perancanganMU adalah yang sebaik2nya..pengajaran yg aku dapat,kadang2 kita suka benda tu..tapi ALLAH kata itu bukan yg terbaik utk kita dan kadang2 kita tak suka perkara tu tapi ALLAH kata itulah ya terbaik untuk kita...SUBHANALLAH...Itulah kuasa ALLAH... tanpa ku sedari ramai yang ingin ke mesir tapi ALLAH tak izinkan..dan aku dikalangan mereka yg terpilih...syukur YA ALLAH..kini aku yakin dgn pilihanku ini...sahabat2ku ingatlah..redha ALLAH terletak pada redha kedua ibubapa kita..marilah kita sama2 bermuhasabah kembali...