Khamis, 15 April 2010

KHUTBAH TERAKHIR KEKASIH ALLAH....

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

TANDA-TANDA HARI KIAMAT

Tanda-tanda besar
1)Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2)Lahirnya Dajjal
3)Keluar asap tebal.
4)Turunnya Nabi Isa a.s.
5)Kemunculan Imam Mahdi.
6)Matahari terbit dari ufuk barat.
7)Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
8)Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
9)Runtuhnya Ka'abah
10)Terdengar tiupan sangkakala pertama.
11)Ada azan tak di jawab
12)3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
1)Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]

2)Zina bermaharajalela[
perlu rujukan]

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3)Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4)Bermaharajalela alat muzik


Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

5)Menghias masjid dan membanggakannya


Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai."

6)Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

7)Ramai orang soleh meninggal dunia


Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

8)Orang hina mendapat kedudukan terhormat


Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

9)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [
perlu rujukan]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

11)Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

12)Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

13)Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

14)Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda


Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

15)Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
16)Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
17)Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
18)Orang akan melakukan homoseksual.
19)Akan terdapat ramai anak luar nikah.
20)Berkurangnya sifat amanah
21)Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
22)Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
23)Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
24)Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
25)Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta
zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi..
-sahabat2ku marilah kita bersama2 bermuhasabah kembali adakah amalan kita cukup untuk dipertontonkan kepada SANG PENCIPTA yang MAHA ESA..?Adakah amalan kita dapat menyelamatkan kita dari api neraka serta azabNYA??mari bersama utk memikirkannya...
sumber rujukan:

Selasa, 13 April 2010

Perbezaan Antara Munafik,Musyrik,Kafir,dan Murtad

Assalamualaikum WBT....
Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat lagi saya berkongsi ilmu dengan sahabat2 semua..kali ini saya ingin berkongsi tentang perbezaan antara munafik,musyrik,kafir dan murtad..mari kita mulakan.......
1-MUNAFIK
-Orang yang munafik itu ialah seorang yang menyembunyikan kekufuran yang ada di dalam
jiwanya dengan berpura2 menunjukkan keislamannya.Dia mengaku sebagai seorang islam
namun sebenarnya dia menolak kebenaran agama islam..

TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK
-imannya tidak teguh
-berasa gelisah dan tidak tenang ketika bersama orang mukmin
-mengharap segala amal baktinya mendapat pujian
-perbuatan dan kata2nya sentiasa berubah2

2-SYIRIK/MUSYRIK
-Iaitu menyekutukan ALLAH dengan mempercayai bahawa ada kuasa lain yang lebih
berkuasa dari ALLAH.Orang yang melakukan syirik ini disebut MUSYRIK.
Syirik terbahagi kepada dua:
1-SYIRIK AKBAR
-Iaitu menyekutukan ALLAH dengan mempercayai ada kuasa lain selain drp kuasa ALLAH
Seperti menyembah pokok,kubur,tempat keramat dan lain2.
-syirik akbar ini merupakan satu dosa yang amat besar,dan menyebabkan seseorang masuk
neraka selama2nya..tidak diampun dosa ini melainkan dgn bertaubat.
2-SYIRIK ASGHAR
-Syirik kecil atau secara amali.syirik ini tidak menyebabkan seseorang keluar dr islam
-termasuk syirik asghar ialah apabila seseorang melakukan sesuatu ibadah kerana riak atau
menunjuk2.
3-KAFIR
-Ialah apabila seseorang yang mengingkari keesaan ALLAH,kenabian,atau mengingkari
syariatNYA.
4-MURTAD
-Ialah seseorang yang tidak tunduk dan patuh lagi kepada ajaran islam.
-seseorang yang menghalalkan barang yang diharamkan ALLAH,serta mengharamkan barang
yang dihalalkan oleh ALLAH dihukum seperti murtad juga.

Wallahuaklam....sekian

MARI BELAJAR BAHASA ARAB 2

Keluarga saya (usrati)أسرتي

1-suami (zaujun)زوج

2-isteri (zaujatun)زوجة

3-datuk (jaddun)جد

4-nenek (jaddatun)جدة

5-ayah (abun)أب

6-emak (ummum)أم

7-abang (akhun)أخ

8-kakak (ukhtub)أخت

MARI BELAJAR BAHASA ARAB 1

Kata Arah ( al ittijahad) الاتجاهات



1-disekeliling (haula) حول

2-ditengah (wasatho) وسط

3-dekat (korib) قريب

4-jauh (baid)بعيد

5-di bawah (tahta)تحت

6-di atas (fauko)فوق

7-kanan (yamin)يمين

8-kiri (syimal) شمال

9-belakang (kholfa)خلف

10-hadapan (amam)أمام